Program Forum Syariah & Cabaran Semasa - Mendapat Premit POLIS

Jumaat, 21 Julai 2006: PEMBELA dan PUM menolak beberapa sms palsu yang dihantar menyatakan bahawa Forum Syariah & Cabaran Semasa yang bakal dianjurkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibatalkan. Permohonan kebenaran polis telah dibuat dan Program mendapat kebenaran Polis.

Surat kebenaran bertarikh 21/7/2006 dari Ibupejabat Polis PDRM Sentul, Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh SUPT Mohamad b. Mat Yusop, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, KL. [Rujukan Polis 116/6]. Forum tersebut merupakan satu program yang diharapkan dapat memberikan perspektif yang jelas kepada umat berhubung dengan isu-isu semasa melibatkan umat Islam. Justeru ia merupakan program aman demi kebaikan umat. Disebabkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan pihak penganjur memohon kerjasama orang ramai agar berhemah dan menjaga tatasusila dalam program tersebut serta tidak menimbulkan perkara yang menyalahi undang-undang. Pihak urusetia kini banyak menerima maklumat dari orang ramai bahawa program ini terpaksa dibatalkan kerana tiada permit polis yang disebarkan melalui SMS. Justeru urusetia program mengharapkan orang ramai tidak terpengaruh dengan sebarang sebaran maklumat palsu.

"DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DEMI ANAK CUCU KITA"